Tuesday, November 24, 2009

ilmu

Ilmu adalah sesuatu yang bermanfaat, bukannya apa yang hanya dihafaz semata-mata.
-Imam As-Syafi'e

Capailah tujuan sesuatu percakapan itu dengan diam dan sesuatu keputusan itu dengan berfikir.
-Imam As-Syafi'e

Apabila telah tetap perkara asal di dalam hati, lidah akan berkata mengenai cabangnya.
-Imam As-Syafi'e

Orang berilmu bertanya perkara yang dia sudah tahu dan yang belum diketahuinya. Maka dia dapat memperkemaskan ilmu yang ada dan menimba ilmu yang belum diketahui. Orang jahil pula sentiasa menyisih diri daripada menerima pelajaran dan berhenti daripada belajar.
-Imam As-Syafi'e

Perdalamkanlah ilmu sebelum memimpin kerana apabila sudah menjadi pemimpin, seseorang itu tidak mempunyai jalan lagi untuk mendalami ilmu.
-Imam As-Syafi'e